Nuffie

Setup P1 Wimax dengan Ubuntu


Saya kini tidak lagi menggunakan Celcom Broadband kerana servis Celcom Broadband di tempat saya sangat menghampakan. Namun apabila P1 Wimax tiba di kawasan saya, segera saya mendaftar bagi melihat prestasi dan kelajuan internet yang saya akan dapat.

p1wimax-01
Modem P1 Wimax yang baru, DV-230.

Pakej yang diambil adalah Home – Plus yang berharga RM99 sebulan dengan bandwidth limit sebanyak 20GB. Setelah selesai memasang modem yang diberikan, saya cuba connect ke internet dengan menggunakan P1 Wimax dari Ubuntu. Malangnya, tiada langsung connection ke internet yang diperolehi.

Rupa-rupanya, saya kena edit sebuah file bagi membolehkan Ubuntu request IP address daripada modem P1 Wimax secara automatik.

Update
30 August 2009: Rupa-rupanya terdapat dua kaedah sekiranya anda mempunyai masalah tiada connection jika menggunakan P1 Wimax. Iaitu samada edit file /etc/network/interfaces ataupun dengan edit file /etc/NetworkManager/nm-system-settings.conf. Gunakan salah satu kaedah sahaja.

Kaedah Pertama: /etc/network/interfaces

Di dalam Terminal, masukkan command ini:

cd /etc/network/
cp interfaces interfaces_bak
gksudo gedit interfaces

Di dalam file interfaces, tambahkan line yang diboldkan di atas iface eth0 inet dhcp (bergantung pada network interface yang digunakan).

auto eth0
iface eth0 inet dhcp

Save file tersebut dan keluar dari Gedit. Di dalam Terminal, restart network dengan run command di bawah ini,

sudo service networking restart

Kaedah Kedua: /etc/NetworkManager/nm-system-settings.conf

Untuk kaedah kedua, kita menggunakan Network Manager untuk menguruskan interface yang ada di dalam Ubuntu kita. Untuk itu, di dalam Terminal taip,

cd /etc/NetworkManager/
sudo cp nm-system-settings.conf nm-system-settings.conf_bak
sudo gedit nm-system-settings.conf

Di dalam file nm-system-settings.conf, tukarkan false kepada true seperti di bawah,

[ifupdown]
managed=true

Setelah selesai edit file tersebut, save dan keluar dari Gedit. Di dalam Terminal, restart network dengan run command di bawah ini,

sudo service networking restart

Selepas sahaja servis networking itu direstart, interface eth0 akan mempunyai IP address daripada P1 Wimax modem dan bolehlah anda melayari internet seperti biasa.


Original Article from Setup P1 Wimax dengan Ubuntu

7 Response to Setup P1 Wimax dengan Ubuntu

  1. LiNda says:

    tq so much !

  2. Kennee says:

    Nice tips...
    Btw nanged ya post on innit and also clicked on ya ads oredi... ^^

  3. Very nice blog, have a great day!

  4. thank to all commenter~

  5. pak says:
    This comment has been removed by the author.
  6. pak says:

    klu guna wiggy cam ner pulak? sama jg ker?

  7. pak says:

    klu guna wiggy cam ner pulak? sama jg ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Your Ad Here